Khamis, 2 Julai 2009

Kampung Buah Pala.Update.

Tadi,Notis dihantar untuk pecah rumah penduduk pada 2 ogos akan datang.Saya sedih sangat kerana....KERAJAAN PAKATAN maseh belum melakukan apa-apa tindakkan untuk membantu.Hal kerana kandang babi,buleh tarik diri,marah,merajuk,action,gusar,kecewa....hal manusia,angkuh,sombong,belagak,siru,jora.....inikah namanya parti tindakkan demokrasi?.Saya adalah antara pengundi yang mengundi DAP di tempat saya.Saya rasa lepas nih munkin DAP akan hilang undi saya.......

1 ulasan:

  1. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf sekiranya kata-kata dibawah ini boleh menyingung mana-mana pihak.

    Adalah patut saudara menyalahkan kerajaan PAKATAN RAKYAT dalam isu ini kerana bagi kami penyelesaian yang dicadangkan bukanlah satu penyelesaian yang konkrit tetapi ia akan menyusahkan banyak pihak pada masa hadapan.Penduduk kg buah pala adalah lebih beruntung berbanding pihak koperasi kerana segala penyelesaian yang dibuat hanyalah menguntungkan penduduk sebaliknya pihak koperasi mengalami banyak kerugian dari segi moral dan kewangan.Sekiranya rumah teres diberikan bagi setiap pembangunan tanah kerajaan nescaya kerajaan Pulau Pinang akan mengalami kesukaran untuk membangunkan tanah tersebut pada masa akan datang kerana kerajaan sekarang telah meletakkan pengukur dengan pemberian rumah teres 2 tinggkat kepada semua penduduk tanah kerajaan.Ini harus diterima oleh semua sekiranya berlaku.Banyak lagi kg cina dan melayu yang akan dibangunkan tetapi akan menghadapi keadaan sebegini Contohnya Kg Tanjong Tokong, Kg Mutiara Batu Feringgi, Kg Pisang Awak, Kg Bagan dan banyak lagi kalau nak sebutkan.

    Bukanlah pihak koperasi sejahat yang disangka kerana apa yang berlaku telah menjadi mainan politik.Tanah tersebut adalah merupakan tanah kerajaan dan telah dianugerahkan kepada koperasi pada 2005.Oleh itu pihak koperasi telah cadangkan pembangunan bagi kawasan tersebut bagi merancakkan ekonomi Pulau Pinang dan menyediakan kemudahan rumah bagi keperluan banyak penduduk.Tanah terebut telah menjadi milik koperasi sekarang dan perbincangan telah banyak dilakukan bagi menyelesaikan pampasan penduduk.Penduduk telah diberikan sebuah rumah RM 75,000 atau wang sebanyak tersebut sekiranya tidak berminat dengan rumah.Sewa rumah juga telah dibayar selama 3 tahun bagi menunggu rumah tersebut siap bagi penduduk yang menerima pampapasan.Tetapi malangnya ada segelintir telah membawa kes ini ke mahkamah.Setelah pihak koperasi menang kes tersebut penduduk seharusnya keluar dan menerima keputusan mahkamah.

    Sekiranya sebagai seorang islam adalah haram bagi kita tinggal dan menggunakan tanah milik orang lain.Ini bukalanlah isu kejam atau zalim tetapi ia telah dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.Bagi pihak koperasi pampasan RM 75,000 dan sewa rumah selama 3 tahun adalah berbaloi.Sekiranya ada lagi pertikaian ia adalah bersifat tamak dan bermotifkan politik.Sedarlah saudara semua isu ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak kecuali orang politik yang boleh mengunakan isu ini untuk meraih kepentingan politik. Kita dipihak rakyat akan dipergunakan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

    Anggota koperasi juga adalah pengundi yang berjumlah 3500 dan boleh mencorakan pemimpin yang bakal dipilih.Sekiranya isu ini diselesaikan dengan keuntungan sebelah pihak sudah tentu koperasi akan mengunakan kuasa yang ada di tangan ahli semua.Pihak koperasi juga mempunyai pengundi seramai 200 orang bagi dun permatang pasir.Kita juga mempunyai hak dalam demokrasi negara.Kenapa banyak lagi kg dibangunkan dan rumah dirobohkan tetapi media tidak menonjolkan isu itu contohnya kg palentong di Negeri Sembilan, Kg Barembang di ampang Selangor dan banyak lagi saudara.

    Janganlah dua gergasi bergaduh hak semua rakyat dinodai dan digadai oleh sesetangah orang.

    BalasPadam