Ahad, 31 Mei 2009

Jendalu - maksud dan peranan dalam kehidupan.

Jendalu,mengikut pendedahan rakyat adalah sejenis pokok tumpang yang hidup diatas pokok lain.Pokok Jendalu merupakan spesis pokok tumpang yang jahat - ini bermaksud jahat bukan dari segi niat jahat atau sebagainya.Jahat disini bermaksud menumpang diatas pokok lain dan memakan apa saja hasil dari pokok tersebut.Jendalu ini tidak berakal dan fikiran seperti manusia dimana ianya adalah sejenis tumbuh-tumbuhan.Ini sangat jelas kerana tumbuh-tumbuhan adalah tidak berakal fikiran.Mudah!.

Jendalu pada sesebuah pokok adalah satu perkongsian hidup dan konsep perkongsian ini adalah bagus dikaca mata manusia.Ini sangat bagus kerana setiap kebaikkan dan kesusahan dikongsi bersama.Akan tetapi,Jendalu ini sangat jahat dan mudah mengambil kesempatan keatas pokok yang lain.Konsep perkongsian telah dimanipulasi oleh Jendalu dan dengan pantas pokok yang ditumpanginya akan menjadi pokok tunggul,mati dan reput.Jendalu akan memainkan peranan dengan memakan semua sumber yang ada dipokok tersebut sehinggalah pokok itu mati.Inilah yang dimaksudkan jahat oleh saya sebentar tadi.Paham?.

Pada masa sekarang,terdapat banyak spesis Jendalu yang wujud dikalangan masyarakat Malaysia.Jendalu-Jendalu ini akan terus merobek perkongsian hidup masyarakan Malaysia dan akan memusnahkan apa saja yang ada didepan matanya.Ini sangat kuat hujahnya kerana Jendalu telah merampas tanah,hak-hak asas kemanusiaan,kesempurnaan hidup,pembelajaran dan kebebasan tak kira sama ada kebebasan berfikir,bekerja dan mecari nafkah.Didalam kekalutan pemotong pokok mencantas Jendalu,si pemotong pokok juga tidak ketinggalan menjadi mangsa Jendalu yang berperangai macam Jendalu,tapi berpihak kepada si pemotong pokok.Ini juga buleh dibaca sebagai musuh dalam selimut.

Pokok Sena(bukan kawasan En. Mahfuz Omar) adalah salah satu contoh mangsa Jendalu yang pernah saya lihat.dalam kemegahan pokok sena berdiri,telah menjadi cacat separuhnya akibat kerakusan Jendalu.Kawasan yang ditumbuhi Jendalu terpaksa ditebang dan ianya menjadi senget sebelah.jadi,Jendalu patut dimusnahkan sebelum ia menular ke seluruh bahagian pokok.

Penutupan saya,tak kira Jendalu diatas pokok ataupun Jendalu dalam masyarakat,haruslah dihapuskan,dinyahkan dan di halau terus dari Malaysia.Biarkan Jendalu hidup di Zimbabwe ataupun di England kerana terdapat banyak lagi specis jendalu disana.