Isnin, 8 Jun 2009

Anak Muda Dan Jendalu.

Anak muda di Malaysia bagi saya adalah yang terbaik di dunia.Mereka adalah yang paling banyak mempunyai kesedaran politikal dan kesedaran ilmiah dimana,mereka sudah mampu untuk membuat perubahan.Negara kita,Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka.Anak muda ini telah lahir dipertengahan 5 abad kemerdekaan negara kita.Saya jugak merupakah mereka-mereka yang lahir pada zaman deminkian.Ketika kecil,saya telah disogok dengan cerita-cerita kartun yang hebat di telivisyen.Antara yang saya minat adalah Gavan,Kickers,dan banyak lagi.Inilah masanya anak muda negara kita untuk bangkit dan melawan penindasan dan rasuah yang ada di dalam sistem pentakbiran negara kita.

Kesedaran politikal yang saya maksudkan bukanlah seperti membaca buku-buku politikal seperti buku idea comunist,socialist,capitalist,moralist atau apa-apa yang bersifar politikal dan berani melawan.Yang saya maksudkan adalah keberanian dan kesedaran anak muda untuk menumbangkan kerajaan yang telah terlalu lama memerintah dan mengamalkan sistem penekanan orang bawahan.Makin ramai rakyat telah ditindas dengan peguasa-penguasa merampas tanah,sekolah dan apa saja yang dapat menguntungkan mereka.Anak-anak muda telah bangun dan mmberanikan diri diatas apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.Mereka-mereka ini dengan pantas mengambil peluang untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang telah berlaku.

Saya juga tidak kurang beraninya apabila turut sama menuntut agak kerajaan direfomasikan dan melakukan perubahan menolak rasuah dan penindasan.Banyak aktiviti menolak perperangan dan penidasan,rasuah,kekerasan terhadap wanita saya sertai dan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya berfikir dengan baik.Anak-anak muda zaman sekarang juga tidak ketingalan dengan mengatur langkah bersama menyertai demonstarsi jalanan dan ini adalah sangat bagus.Tetapi,pihak gerombolan jugak banyak mengadakan perhimpunan dengan memberi wang saku kepada anak muda yang memihak kepada gerombolan.

Apa yang cuba saya kaitkan dengan jendalu disini adalah,kecekalan anak muda untuk terus menolak penindasan dan rasuah dalam sistem pentakbiran negara kita sangat sama dengan pkok jendalu menelan sesebuah pokok yang lain.Pelahan-pelahan pokok Jendalu memakan hasil pokok lain,melebarkan dedaunanya sehingga seluruh pokok lain dan akhirnya merampah pokok terbabit untuk meneruskan hidup pokok Jendalu.Ini adalah sama dengan anak muda yang dengan pelahan-lahan bangun mengatur strategi dan mengatur langkah demi langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang mengamalkan perkauman,rasuah dan penindasan golongan bawahan ini.Jendalu dan anak muda mempunya semangat yang kental dan akan terus menolak kerajaan B.N demi masa depan yang lebih cerah.

Pesan akhir saya - ANAK-ANAK MUDA YANG BELUM DAFTAR UNTUK MENGUNDI,TOLONGANLAH DAFTAR UNTUK MEBNGUNDI PADA PRU13 NANTI.SAMA-SAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan